Artikel

Pemenang Teka Judul Buku PTS 2010 Gembira Terima Hadiah

oleh Roziyah pada 18 Oct 2010

Minggu lalu, pihak penganjur mengumumkan pemenang mingguan dah hadiah saguhati bagi peraduan Teka Judul Buku PTS 2010.

Pemenang saguhati bagi peraduan tersebut berbesar hati datang sendiri ke ibu pejabat PTS bagi memilih sendiri hadiahnya.

Puan Nora Bt Nawi antara 50 pemenang mingguan hadiah saguhati berjaya membawa pulang hadiah buku PTS bernilai RM25.

Beliau yang datang sendiri ke PTS dan memilih sendiri buku yang dimenangi gembira apabila PTS mengadakan peraduan seperti ini.

“Terima kasih kepada PTS yang memberi peluang kepada peminat-peminat buku keluaran PTS memenangi hadiah. Saya cukup gembira apabila dapat memilih sendiri buku yang saya kehendaki,” kata Puan Nora.

Bagi beliau, peraduan seperti ini harus diteruskan dari semasa ke semasa agar peminat buku PTS berpeluang mendapat hadiah melalui peraduan yang disediakan.

Peraduan Teka Judul Buku PTS yang bermula pada 3 Oktober hingga 25 Disember ini membuka peluang kepada peminat-peminat buku PTS memenangi hadiah menarik yang ditawarkan oleh PTS.

Peraduan yang diadakan selama 12 minggu berturut-turut ini mengajak pembeli buku PTS meneka judul buku PTS berdasarkan imej keratan kulit buku PTS pada poster peraduan. Poster-poster peraduan boleh didapati di kedai-kedai buku yang mengambil bahagaian dan di www.pts.com.my.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024