Artikel
Pemikiran Tuan Guru Selongkar Sejarah Hidup Dato’ Nik Aziz Nik Mat
oleh Roziyah pada 12 May 2011
PTS Millenia membawakan buku terbaru yang menyelongkar prinsip dan sejarah kehidupan Tuan Guru, Dato' Nik Aziz Nik Mat melalui buku yang bertajuk Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pemikiran Tuan Guru ini menyusuri sejarah hidup Dato' Nik Aziz Nik Mat serta sejarah pergerakan Islam yang lain. Buku menarik ini menumpukan kepada prinsip-prinsip agama yang mendasari keputusan politik Tuan Guru.
Antara isu yang diketengahkan dalam buku ini termasuklah isu nama Allah, perlaksanaan hukum hudud di Kelantan, pengharaman arak dan judi di Kelantan, isu artis ke Kelantan, isu 'Allah Samseng', isu orang bukan Islam membaca Quran dan isu orang bukan Islam masuk ke dalam masjid.
Buku yang ditulis oleh Tuan Mohd Aizat Mohd Salleh ini melihat rasional ilmiah daripada keputusan Tuan Guru Nik Aziz.
Menariknya buku ini menyediakan 32 halaman berwarna termasuk gambar-gambar unik yang diambil khusus sewaktu menziarahi tuan guru.
Istimewanya, buku ini juga dimuatkan dengan pantun indah karangan Tuan Guru Nik Aziz sendiri.
Dapatkan buku istimewa ini melalui www.bookcafe.com.my atau di kedai-kedai berhampiran tuan dan puan.