Artikel

Pendidikan Kewangan Dalam Versi Khas Untuk Kanak-kanak: Escape The Rat Race

oleh Siti Zulaikha Zaherman pada 11 Sep 2015

Escape The Rat Race, melihat sahaja nama penulis buku ini sudah pasti anda menyangka buku ini adalah keluaran PTS Professional seperti sebelum ini. Buku yang ditulis oleh Robert T.Kiyosaki kali ini diterbitkan oleh PTS Publishing House. Cara penulisan kali ini telah diubah kepada bentuk edu-komik yang sangat sesuai dibaca oleh kanak-kanak.

Ya, kanak-kanak sudah semestinya layak untuk mengetahui financial intelligence bermula dari umur mereka yang masih muda ini. Lebih lagi generasi yang hidup di dunia yang semakin canggih dan memerlukan keutuhan ekonomi yang stabil masa kini.  Mereka; kanak-kanak sudah pasti memerlukan banyak wang untuk digunakan bagi memenuhi kehendak mereka. Bukan itu yang mahu diajarkan tetapi kita mahu memperkenalkan mereka budaya mana yang perlu didahulukan dan pada waktu bila kita boleh memenuhi kehendak mereka.

Bagi siapa yang pernah membaca buku Rich Dad Poor Dad sebelum ini anda pasti akan mendapati buku ini adalah buku yang memudahkan kanak-kanak untuk mempelajari ilmu bagaimana untuk menghasilkan wang. Cara penyampaian yang dibawa dalam buku baru terbitan PTS kali ini juga sangatlah mudah difahami dan diingati. Oleh itu sebagai seorang dewasa yang bertanggungjawab kenapa tidak kita berkongsi ilmu bersama-sama golongan yang masih belia ini untuk menghasilkan wang dengan idea-idea segar mereka.

Ringkasnya, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”, permasalahan kewangan ini juga telah disampaikan dalam bentuk yang disenangi oleh kanak-kanak. Jadi, marilah kita mendapatkan ilmu kewangan yang baru dan berguna ini supaya kita tidak tersepit dengan kehendak kita dan juga ekonomi masa kini.


 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024