Artikel

Penulis Novel Islami Kongsi Cerita di PBAKL 2011

oleh Roziyah pada 21 Mar 2011

Penulis Novel Islami yang kini mendapat tempat di hati peminat-peminat novel tempatan akan berbicara perihal Novel Islami istimewa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala lumpur (PBAKL) April ini.

A. Ubaidillah yang terkenal dengan novel Warkah Cinta Berbau Syurga akan turun padang bagi mengulas perihal novel Islami sekaligus berbicara mengenai buku terbaru beliau yang dilancarkan pada PBAKL tahun ini.

Tuan dan puan yang meminati novel-novel Islami terbitan PTS Litera Utama boleh mengutarakan persoalan dan berkongsi pendapat dengan penulis novel Islami popular tersebut.

Selain beramah mesra, peminat beliau juga berpeluang mendapatkan tandatangan serta gambar ekslusif bersama beliau khas di PBAKL yang akan menemui peminat pada April ini.

Jangan ketinggalan bersama dengan penulis hebat ini di PBAKL pada 24 April 2011 ini khas di booth PTS.

Dapatkan juga kupon Diskaun Bonanza PTS dengan melayari www.pts.com.my bagi mendapatkan diskaun hebat sempena PBAKL ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024