Artikel
PERCUTIAN EKSKLUSIF UNTUK PEMBACA PTS
oleh Amirah pada 25 Mar 2014
PTS Media Group Sdn. Bhd. adalah salah sebuah syarikat komersial yang bergiat aktif dalam sektor penerbitan dan pengedaran buku dalam bahasa Melayu.PTS memperkenalkan tagline “Buku Untuk Semua” yang menggambarkan variasi pilihan buku yang terdiri daripada pelbagai genre meliputi semua kategori umur tidak mengira bangsa mahupun agama.
Syarikat ini juga sentiasa aktif mengadakan aktiviti dan jalinan kerjasama antara klien-klien sedia ada. Kali ini, PTS mengambil peluang menjalinkan kerjasama buat julung kalinya dengan AEON BIG menerusi kempen “Beli Buku PTS @ AEON BIG 2013”.
Golongan utama bagi kempen ini adalah para pengunjung dan peminat buku PTS di AEON BIG seluruh Malaysia.
Selain itu, pertandingan antara cawangan turut dianjurkan oleh pihak PTS untuk menaikkan semangat dan mendapatkan kerjasama daripada kakitangan bahagian alat tulis AEON BIG bagi mempromosikan sekaligus menaikkan jualan buku PTS. Kempen ini terbuka kepada semua pembeli buku PTS di AEON BIG seluruh Malaysia.Kempen ini terbuka kepada semua pembeli buku PTS di AEON BIG seluruh Malaysia.
Pemenang bagi kempen ini adalah:
- Adlan Bin Mohd Ali
- Azarul Bin Ramli
- Noor Ain Binti Norazmi
- Amiru Fahmi Bin Mohd Mazlan
- Yusniza Binti A. Rahman
- Amir Hamzah
Bersempena kempen ini juga, PTS mengadakan pertandingan antara cawangan untuk menaikkan semangat dan kerjasama daripada promoter Stationary Department AEON BIG bagi mempromosikan sekaligus menaikkan jualan buku PTS.
Antara pemenang bagi pertandingan antara cawangan:
- Aeon Big Putrajaya
- Aeon Big Wangsamaju
- Aeon Big Sri Petaling
Tahniah buat semua pemenang-pemenang yang telah menyertai Peraduan Beli Buku PTS di Aeon Big dan Menang dan juga pemenang bagi pertandingan antara cawangan Aeon Big.