Artikel

Perhimpunan Penulis Besar-

oleh Roziyah pada 22 Jun 2011

Penulis profesional dan amatur seluruh Malaysia dijemput menyertai Perhimpunan Penulis secara besar-besaran yang akan diadakan tidak lama lagi.

Hari Ilmu Negeri Selangor akan mengumpulkan dan mempertemukan penulis-penulis dari bidang seperti penulis buku profesional ataupun amatur termasuk kolumnis, penulis bebas, penulis buku teks dan bloggers.

Perhimpunan besar-besaran yang diadakan pada 26 Jun 2011 ini menjadi pentas besar yang menyatukan semua penulis dari pelbagai bidang bagi bersama berkongsi cerita dalam Hari Ilmu itu.

Mereka yang berminat hanya perlu melayari www.pestabukuselangor.com bagi mendaftar dan menyertai Perhimpunan Penulis 2011.

Penulis yang ingin membuat sumbangan karya pada hari berkenaan juga dialu-alukan. Karya yang dihasilkan boleh dikemukan sebelum atau pada hari berkenaan kepada meja urus setia.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025