Artikel
Peri Pentingnya Sastera Kanak-Kanak dan Remaja
oleh Roziyah pada 19 Apr 2011
Penerbitan sastera kanak-kanak dan remaja memainkan peranan besar bagi membangunkan masyarakat yang gemar membaca. Orang-orang dewasa yang suka membaca sememangnya mereka sudah suka membaca semenjak masih kanak-kanak dan remaja.
Justeru, industri buku bacaan dewasa dapat berkembang apabila industri buku kanak-kanak dan remaja berkembang.
Di sinilah pentingnya kerajaan memberi dukungan kepada industri buku kanak-kanak dan remaja, supaya kualiti buku-buku yang diterbitkan itu tinggi dan memenuhi keperluan perkembangan psikologi dan intelek mereka. Namun hal ini belum berlaku. Kerajaan masih tidak menubuhkan dana buku yang membolehkan para penerbit buku mendapatkan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah supaya kos penerbitan buku dapat diturunkan.