Artikel

Perjumpaan Tahunan Peminat AinMaisarah : Aktiviti Istimewa Buat Peminat

oleh Roziyah pada 16 Nov 2011

Bagi menghargai peminat-peminat AinMaisarah yang tidak putus-putus menyokong usaha penulisan beliau selama ini, AinMaisarah menganjurkan Perjumpaan Tahunan Pembaca AinMaisarah yang julung kali diadakan.

Majlis yang berlangsung selama 3 hari ini membawakan pelbagai aktiviti menarik khas buat semua peminat setia buku tulisan AinMaisarah.

Melalui perjumpaan tahunan ini, tuan dan puan juga berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan ramai lagi penulis PTS serta mendapatkan buku terbaru keluaran PTS.

Bertempat di Banglo Pink AinMaisarah, Lot 12, Persiaran Titiwangsa Kuala Lumpur, AinMaisarah membawakan Pameran Buku PTS, Stesyen SPA, Stesyen Butik, Stesyen Berinai, Stesyen Makeover, Stesyen Photoshoot, Stesyen Tembak Paint Ball
dan Cafe Pink AinMaisarah.

Antara aktiviti menarik yang disediakan termasuklah AinMaisarah berkongsi cerita, aktiviti moskot aku dan kamu, TIM BEST bersama projek Sains, aktiviti Pekomik, Majlis Pelancaran novel Jutawan Gedik, Kelas Penulisan Novel Remaja serta sesi perkongsian bersama rakan penulis.

Lebih menarik, AinMaisarah bersama Berita Harian akan melancarkan Novel Jutawan Gedik yang sebelum ini dijadikan novel bersiri dalam akhbar Berita Harian.

20 orang pertama yang membawa 5 keratan iklan promosi yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian juga akan menerima Pasport Pink AinMaisarah dan goodie bag istimewa daripada Berita Harian.

Sertai Majlis Perjumpaan Tahunan Peminat AinMaisarah di Banglo Pink AinMaisarah, Lot 12, Persiaran Titiwangsa Kuala Lumpur (berdekatan Istana Budaya).

Perjumpaan ini dibuka kepada kepada umum pada 26, 27, dan 28 November 2011 ini bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024