Artikel

Persamaan Syiah dengan Yahudi

oleh Roziyah pada 20 Aug 2014

Sekiranya diteliti, apa yang dilakukan oleh golongan Syiah terhadap Islam dan Ahli Sunnah, banyak persamaan dengan Yahudi serta Nasrani. Antara persamaan-persamaan itu adalah :

  1. Golongan Yahudi melakukan perubahan terhadap kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa. Perubahan dibuat oleh ulama mereka bagi memenuhi cita rasa dan kesesuaian dengan kehendak mereka. Begitu juga apa yang berlaku dalam ajaran Syiah. Mereka mempunyai ‘Al-Quran’ mereka sendiri yang dikenali sebagai Mushaf Fatimah. Ia tiga kali lebih tebal daripada Al-Quran Mushaf Uthmani yang digunakan kini. Al-Quran yang diguna pakai sejak dahulu mempunyai 6666 ayat sahaja. Syiah menuduh para sahabat Rasulullah s.a.w, khususnya Saidina Uthman bin Affan menghapuskan lebih 10,000 ayat berkenaan kelebihan serta kepimpinan Saidina Ali.

  2. Kaum Yahudi menuduh Maryam, Ibu Nabi Musa melakukan zina, tetapi dinafikan oleh Allah s.w.t dalam surah Maryam ayat 27 hingga ayat 28 :

               Kemudian, baliklah dia kepada kaumnya dengan mendukung anaknya. Dan mereka pun menempelaknya dengan berkata, “Wahai Maryam. Sesungguhnya Engkau sudah melakukan suatu perkara yang besar salahnya! Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukan seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukan seorang perempuan jahat.”

       3. Dalam Tafsir AL-Qummi, golongan Syiah menuduh isteri Rasulullah s.a.w (Saidina Aisyah) melakukan zina dalam peristiwa al-ifk. Tuduhan itu dinafikan oleh Allah s.w.t dalam surah An-Nur ayat 11.

              “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita dusta itu adalah segolongan daripada kalangan kamu. Jangan kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk untuk kamu, bahkan ia baik untuk kamu. Setiap seorang antara mereka akan beroleh hukuman, sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu. Orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya dalam kalangan mereka, beroleh seksa yang besar (di dunia dan akhirat).

Kaum Yahudi berpegang, sebuah pemerintahan tidak sempurna melainkan diperintah oleh keturunan Daud. Justeru, halal untuk mereka membunuh selain daripada keturunan mereka. Golongan Syiah juga berpegang, kepimpinan itu tidak layak melainkan ia dipegang oleh Saidina Ali dan keturunannya. Justeru, mereka mengkafirkan para khalifah dan orang yang membaiah khalifah sebelum Saidina Ali.

Dipetik daripada buku Apa Salah Syiah? Oleh Sabaruddin Hussein dan Mohd Fakhruddin Hj. Tajuddin.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2020