Artikel

Pesta Buku Popular Meriahkan Cuti Sekolah

oleh Roziyah pada 09 Nov 2011

Sempena cuti sekolah ini, rangkaian kedai buku Popular membawakan Pesta Buku yang pastinya menambah kemeriahan seisi keluarga.

Pesta Buku Popular yang diadakan di seluruh rangkaian kedai buku popular ini membawakan pelbagai aktiviti menarik buat ibu bapa dan anak-anak.

Antara aktiviti yang disediakan khas buat peminat buku PTS termasuklah sesi ramah mesra bersama penulis, aktiviti menarik menguji minda dan kreativiti dan permainan interaktif yang menghiburkan.

Tuan dan puan juga berpeluang bertemu dengan penulis kegemaran seperti penulis novel sejarah Islam nombor satu Malaysia, Tuan Abdul Latip Talib, Penulis masakan popular PTS, Chef Hanieliza, Puteri-Puteri PTS dan ramai lagi.

Layari www.pts.com.my/aktiviti bagi melihat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di rangkaian kedai buku Popular seluruh Malaysia.

Diskaun dan hadiah menarik juga disediakan kepada pengunjung yang hadir di pesta buku Popular ini. Sertai PTS di pesta buku Popular bermula dari 25 November 2011 hingga 11 Disember 2011 ini di rangkaian kedai buku popular yang berhampiran dengan tuan dan puan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025