Artikel
Pesta Buku Read Malaysia: Booth PTS dapat Sambutan Pengunjung Cina
oleh Roziyah pada 01 Jun 2011
Persepsi mengatakan buku-buku berbahasa Melayu hanya dimiliki oleh pembaca Melayu harus ditepis. Kini ibu bapa Cina dan India juga sudah mula memilih buku-buku berbahasa Melayu sebagai bahan bacaan kepada anak-anak mereka.
Hal ini terbukti apabila booth PTS di Pesta Buku Read Malaysia mendapat sambutan hangat bukan sahaja daripada pengunjung Melayu malahan juga pengunjung Cina dan India.
Rata-rata pengunjung menyambut baik usaha PTS yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) dalam setiap buku yang dihasilkan.
Pengunjung remaja yang hadir juga menggemari novel remaja yang diterbitkan oleh PTS. Mereka juga menjadi pembaca setia novel-novel remaja keluaran PTS.
Kunjungi booth PTS di MIECC, Mines Resort City, Seri Kembangan bagi mendapatkan buku-buku menarik dan berkualiti dengan diskaun yang sememangnya mengujakan.