Artikel

Petikan Media: Rezeki Ramadan - Industri Buku dan Majalah Turut Terima Tempias

oleh Roziyah pada 02 Aug 2011

Berita dipetik daripada Berita Harian Online pada 2 Ogos 2011 dan ditulis oleh Hafizah Iszahanid.

PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS) juga berkongsi pengalaman yang sama dengan Karangkraf dan perkara ini diakui Pegawai Komunikasinya, Roslan Isa dan syarikatnya memenuhi permintaan dengan mengadakan Baca@Ramadan bagi meraikan kedatangan Ramadan dan Syawal.

“Selain buku agama dan resipi yang diketahui umum meningkat berkali ganda permintaannya menjelang Ramadan, PTS turut memeriahkan Baca@Ramadan dengan buku untuk buku kanak-kanak, remaja, komik dan buku umum,” katanya.

Roslan berkata, empat bulan sebelum Ramadan PTS sudah mula mencetak buku agama yang umumnya sangat laris sepanjang dua bulan sebelum puasa, malahan perancangan buku berkaitan selalunya dibuat setahun sebelum itu.

Misalnya untuk pasaran buku Ramadan 2011, persediaannya sudah dibuat sejak Ramadan 2010 bagi membolehkan strategi pemasaran dilakukan dengan sebaik-baiknya.

“Untuk promosi Baca@Ramadhan kami menerima banyak permintaan untuk buku panduan puasa, buku agama, buku panduan haji atau umrah buku resipi dan sebenarnya novel Islami juga,” katanya.

Roslan berkata, dua bulan sebelum puasa pembaca akan mula mencari buku agama khususnya buku bimbingan puasa, bagaimanapun trend itu berubah apabila Ramadan menjelang dan ketika itu, pembaca akan lebih tertarik untuk membaca buku lain pula seperti berkaitan zakat fitrah.

“Rekod jualan PTS menunjukkan pada akhir bulan Ramadan dan awal Syawal, jualan buku PTS naik lebih tinggi daripada hari biasa,” katanya.

 

Baca lanjut berita di Berita Harian Online.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024