Artikel

Pilihan Terbaik PTS @ PBAKL 2013: Hang Nadim

oleh Shafiq Noorisham pada 13 Mar 2013

Arena Buku PTS akan tampil di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 pada 26 April hingga 5 Mei 2013. Bertempat di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC dengan slogan “Kita Pasti Datang @PTS”. PTS menyediakan buku-buku pilihan terbaik buat para pengunjung.

Pilihan terbaik kali ini adalah Hang Nadim karya Abdul Latip Talib. Hang Nadim yang dimaksudkan bukan Hang Nadim yang membantu Singapura ketika dilanggar todak.

Ini Hang Nadim anak Hang Jebat. Laksamana Melaka yang gagah mendapatkan semula Melaka daripada Portugis.

Hang Nadim bukan hanya berhadapan dengan musuh nyata iaitu Portugis, tetapi musuh dari Acheh yang mahukan Melaka.

Bahkan terdapat anak Melayu yang bersekongkol dengan penjajah Portugis ingin membunuh Hang Nadim.

Bentan muncul sebagai pelabuhan baru yang strategik malah empayar Johor-Riau menyaingi kehebatan empayar Melaka. Acheh mula tergugat dan Melaka semakin sepi.

Perang Tiga Segi mula meletus dan Melaka menjadi taruhan mereka. Portugis dan Acheh menandatangani perjanjian damai.

Acheh berundur. Portugis terus gagah di Melaka. Hang Nadim terus merancang strategi.

Portugis terkepung dalam kota Melaka. Terowong-terowong, jalan-jalan darat dan lautan berjaya dikepung oleh Hang Nadim.

Hampir tiga bulan Portugis terputus bekalan makanan dan air.

Dapatkah Portugis melepaskan diri mereka dari dikepung? Apakah strategi yang bakal dilakukan oleh Portugis?

Bagaimana pula dengan sumpah jihad demi agama dan tanah air Hang Nadim?

Mari datang beramai-ramai ke PBAKL 2013. Jangan lupa mengunjungi Arena Buku PTS dan mendapatkan buku-buku menarik yang disediakan.

Anda juga boleh mendapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024