Artikel

Pilihan Terbaik PTS @ PBAKL 2013: Misteri Terkabulnya Doa

oleh Shafiq Noorisham pada 15 Apr 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kini kembali dengan tema Buku Menjana Kepintaran Kreatif bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC pada 26 April hingga 5 Mei 2013. Dengan slogan “Kita pasti Datang @PTS” bakal menarik ramai pengunjung ke Arena Buku PTS. 

“Berdoalah kepada Aku, nescaya Aku perkenankan doa kamu. Sesungguhnya orang yang enggan beribadat dan berdoa kepada Aku akan dimasukkan ke dalam neraka dengan segala kehinaan.” Surah Ghafir, ayat 60.

Berdoa merupakan senjata paling mustajab buat umat Islam. Berdoa juga merapatkan hubungan di antara Allah dan hambaNya.

Salah satu tahap keimanan seorang hamba pada Tuhannya adalah dengan berdoa dan meminta bantuan daripada yang Maha Esa.

Doa seiring dengan kepercayaan dan bukti kewujudan serta kekuasaan yang Maha Esa. Doa juga merupakan lambing kesyukuran pada kurniaan yang diberi oleh Allah s.w.t.

Walau bagaimanapun, kita selalu berdoa pada Allah s.w.t. Siang malam kita menadah tangan berdoa kepada Allah tetapi doa kita tidak dimakbulkan lagi.

Buku ini akan menerangkan sebab doa-doa yang tidak dimakbulkan dan cara untuk diamalkan bagi doa kita dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

Buku ini juga lengkap merungkai waktu dan keadaan yang sesuai untuk doa itu dikabulkan Allah s.w.t selain mengajar adab-adab yang dituntut semasa berdoa.

Doa-doa amalan harian juga turut disediakan di dalam buku ini untuk diamalkan oleh pembaca.

Mari datang beramai-ramai ke PBAKL 2013. Jangan lupa mengunjungi Arena Buku PTS dan mendapatkan buku-buku menarik yang disediakan.

Anda juga boleh mendapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024