Artikel

Pilihan Terbaik PTS @ PBAKL 2013: Mushaf Furqan

oleh Amirah pada 20 Mar 2013

Arena Buku PTS akan tampil di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 pada 26 April hingga 5 Mei 2013. Bertempat di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC dengan slogan “Kita Pasti Datang @PTS”. PTS menyediakan buku-buku pilihan terbaik buat para pengunjung.

Sesungguhnya tiada surat cinta seagung Al-Quran. Kalam Tuhan ini diturunkan sebagai panduan dan rujukan utama yang harus didampingi setiap masa.

“Firman Allah swt: Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (Al-Baqarah : 2)”

Mushaf Furqan ini dilengkapi dengan ciri unik dan dilengkapi panduan tajwid yang disediakan di bahagian belakang mushaf. Dengan saiz yang sederhana optimum, iaitu  5.5”x7.5” menjadikan Al-Quran ini lebih praktikal dan sesuai dibawa ke mana-mana sahaja walaupun ketika kembara. Ciri lain yang ringan dan mudah dibawa menjadikannya teman pelengkap setiap individu.

Selain ciri-ciri fizikalnya yang praktikal, ciri-ciri dalamannya juga diolah dengan teliti bagi menepati keperluan pembaca.

Teks ayat Al-Quran ini adalah berdasarkan format mushaf Madinah edisi terbaru. Ia juga turut dilengkapi Asma ul-Husna yang disediakan di bahagian hadapan dan belakang naskhah ini.

Para pembaca tidak perlu berasa ragu kerana naskhah ini turut disemak oleh panel khas JAKIM bagi memastikan ia sempurna dari segi tanda baca dan susunan surah.

Nama surah dan nombor muka surat juga disediakan dalam dwibahasa bagi memudahkan pembaca mencari surah pilihan.

Naskhah ini ditampilkan khas dengan empat warna eksklusif seperti oren, hijau, biru, dan merah jambu sebagai seleksi yang menepati warna pilihan tidak mengira jantina.

Susun atur dalamannya juga berkonsepkan batik dan dicetak menggunakan kertas eksklusif khas bagi jaminan kualiti meliputi kandungan dan ciri luaran.

“Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Al-Israa’ : 82)”

“Inilah kitab, kami turunkan kepadamu supaya kamu keluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya dengan izin Rabb (tuhan) tuhan mereka, ke jalan-Nya yang Maha Perkasa dan Maha Terpuji (Ibrahim:1)”

 Mari datang beramai-ramai ke PBAKL 2013. Jangan lupa mengunjungi Arena Buku PTS dan mendapatkan buku-buku menarik yang disediakan.

Anda juga boleh mendapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my

 

 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024