Artikel

PROTON perkenal R3 Satria NEO

oleh [email protected] pada 08 Mar 2011

PROTON dengan rasminya telah melancarkan R3 Satria Neo. Ia telah dibina dan dimajukan oleh Divisyen Sukan Permotoran di bawah jenama Race, Rally, Research(R3). Model kereta terbaru ini mudah dan sangat menarik dengan warna merah menyala yang cukup mempersona. Manakala, pada bahagian bumbungnya berwarna hitam.

Ia menggunakan enjin Campro CPS 1600cc yang telah dicuba, diuji dan dinaik-taraf oleh pakar-pakar R3. Janji R3 Satria Neo untuk memastikan kepuasan pemanduan yang lebih mantap dipadukan dengan bodykit CPS mantap – spoiler belakang yang direka khas oleh tim R3, bibir hadapa kerewta untuk kuasa pemacuan yang lebih, sisi tepi denga warna titanium dan lain-lain lagi.

Kereta R3 Satria Neo bernilai RM79,797 termasuk cukai jalan dan insuran. Hanya terdapat 300 unit edisi terhad di pasarkan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024