Artikel
Psiko untuk Apa?
oleh Helmi pada 01 Jun 2006
PsikoBengong joined the room
Sincan: Haa tu dia dah masuk balik.
PsikoBengong: Hi all Assalamualaikum.
RosQute: Wsalam.
Sha1: Salam.
PsikoBengong: Dengar2 ada perbincangan psiko kat sini? Menarik tu
PadilDotCom: Ehh mana kau tau?
PsikoBengong: Laa dah sah ni room borak psiko sebab nama room pun Global Chat 1: Psyche Logos.
PsikoBengong: Aku tau la maksud perkataan tu
Sha1: Jadi awak ni mesti la orang psiko kan? Tapi kenapa psiko BENGONG lak?
PsikoBengong: Alaa tu saja je. Orang psiko kan macam ada bengong-bengong sket.
RosQute: Mengarut la. Itu salah faham la tu.
PadilDotCom: Itu yang aku pelik. Takkan la makin banyak dapat pengetahuan jadi makin bengong lak.
PsikoBengong: Alahhh korang tak yah la confuse sangat. Nick ni sekadar simbolik je.
Sincan: Bagi aku la kan. Sepatutnya makin banyak pengetahuan yang kita ada, makin baik la hasil manfaatnya.
Sincan: So, kalau kita pandai dan pakar dalam bab psikologi, tentu la kita pandai keharmonian manfaatnya pada diri sendiri dan orang lain.
PsikoBengong: Itu la yang aku maksudkan.. hehehe.
LebaiMacho_18: Kau ni mmg psiko la psiko.
PadilDotCom: Ha ah. Kau ni seorang psiko yang sangat psiko dalam bidang psiko la psiko.
RosQute: Mula la tu nak menambah2.
Sha1: Bengong la korang.
Mengaplikasikan psikologi dalam kehidupan tidak semestinya bertujuan menguasai orang lain ataupun mempergunakannya pada perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah.
Bagi peringkat remaja seperti kita, mempelajari psikologi adalah lebih kepada tujuan mengenali diri sendiri. Kemudian apa yang kita kenali pada diri dicerminkan bagi mengenali orang lain. Mengenali yang dimaksudkan adalah kelebihan, kekurangan, kesukaan dan kebencian supaya kita lebih faham aspek kemahiran berkomunikasi dan aspek keyakinan diri.
Faham corak kelebihan dan kekurangan diri mengajarkan kita bagaimana meningkatkan tahap motivasi sebagai manusia yang ingin berjaya.
Meningkatkan motivasi adalah dengan mengenal pasti apakah jenis-jenis kemampuan diri yang dapat dikuasai sebagai seorang manusia. Setiap individu mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Daripada jenis kelebihan dan kelemahan yang dikenal pasti, kita mudah mempunyai sasaran tepat bagi meningkatkan dan memperbaiki diri. Psikologi banyak memberi clue supaya kita mengenal pasti bakat kelebihan dan titik kekurangan diri.
Di samping itu, terdapat banyak cara yang bersesuaian digunakan sebagai teknik mengolah dan menguruskan aspek psikologi diri. Penggunaan cara yang dicadangkan oleh para pakar bersesuaian dan efektif untuk dijadikan sebagai amalan.
Dalam aspek mencipta perhubungan yang baik, psikologi adalah cara yang tepat dijadikan panduan bagi memantapkan personaliti diri. Pelbagai personaliti unggul dapat dicipta dengan panduan memahami psikologi. Pencapaian personaliti yang sesuai bagi peringkat remaja adalah personaliti sebagai orang yang disukai masyarakat dan personaliti sebagai orang yang berkeyakinan.
Jadilah individu yang sentiasa memahami kehendak diri dan juga kehendak orang lain. Isu ini selalu menjadi masalah. Kalau begitu pentingkan diri sendiri, akibatnya hidup kita tidak berkawan dan bersendirian. Tetapi kalau terlalu mengambil berat orang lain, diri kita pula yang terabai.
Sayangi diri terlebih dahulu barulah ambil berat hal orang lain. Apabila diri disayangi dan diurus dengan baik, barulah diri tidak tertekan dan tidak memberontak. Seterusnya ia menghasilkan mood yang baik bagi kita mengambil berat hal orang lain pula. Itulah identiti pergaulan yang sesuai supaya kita amalkan.
Kalau kita membaca buku siri Chit Chat Remaja mengenai Potensi Diri ini, niatkan kita akan mencipta personaliti diri yang paling mantap berbanding orang lain. Kebanyakan orang mempelajari psikologi secara advance di peringkat-peringkat pengajian spesifik. Tetapi bagi remaja yang membaca siri ini adalah istimewa kerana didedahkan dengan pendekatan psikologi secara mudah supaya dijadikan sebagai model kehidupan yang praktikal. Anda adalah orang yang tahu psikologi dan dapat memanfaatkannya demi kepentingan motivasi diri serta hubungan pergaulan dengan orang lain.
PadilDotCom: Ini baru permulaan. Jangan la boring dulu.
PadilDotCom: Teruskan membaca sebab masih ada banyak prinsip2 psiko yang unik untuk kita pelajari
Sha1: Memang best sesangat ke?
LebaiMacho_18: Eh mesti la best. Dah tentu memang minat kau tadi kan?
Sincan: Aku nak join gak. Tapi aku takut tak faham je
RosQute: Kalau tak faham, fahamkan la
Sincan: Yelah2
PadilDotCom: Dah namanya belajar. Memang la mula daripada keadaan tak faham kepada faham.
PadilDotCom left the room
Sincan left the room
LebaiMacho_18 left the room