Artikel

PTS jadi Lokasi Pengambaran Karipap-Karipap Cinta

oleh Roziyah pada 02 Aug 2010

PTS telah menjadi antara lokasi pengambaran Filem Karipap-Karipap Cinta pada sabtu dan ahad lalu.

Pengarah filem Karipap-Karipap Cinta, Tuan Othman Hafsham telah menjalankan pengambaran di bahagian editorial PTS yang dijadikan lokasi pejabat Ali iaitu watak utama filem Karipap Karipap Cinta ini.

Antara pelakon yang menjayakan filem Karipap-Karipap Cinta ini adalah Gambit Saifullah sebagai Ali, Melia Aimelia sebagai Sarah, Eman Manan dan sebagai Datuk Razali Bunari. Selain itu turut membantu menjayakan filem ini adalah Rosnah Johari, Jegan dan ramai lagi.

Filem Karipap-Karipap Cinta ini telah ke lokasi pengambaran pada 18 Julai lalu dan ia dijangka akan disiapkan sebelum bulan puasa ini.

Filem Karipap-Karipap Cinta ini merupakan adaptasi daripada novel popular PTS, Karipap-Karipap cinta hasil tulisan Nazri M Annuar dan telah diterbitkan oleh PTS Fortuna Sdn Bhd.

Tuan Othman Hafsham, pengarah Karipap-Karipap Cinta ini pernah mencapai anugerah Pengarah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia kali ke-4, 1983 dan kali ke-7, 1987.

Selain itu, beliau juga pernah mencapai anugerah penulis Skrip Terbaik pada Festival Filem Malaysia Pertama, 1980.

Antara filem arahan beliau ialah Adik Manja (1979), Mekanik (1983), Rahsia (1987), Ujang (1989), Driving School (1990), Soal Hati (2000) dan Soalnya Siapa? (2002).

Filem Karipap-Karipap Cinta merupakan kisah cinta Ali kepada Sarah. Kisahnya bukanlah cinta luar biasa tetapi kisah hidup mencari cinta yang membawa peristiwa lucu, sedih dan tidak masuk akal dalam usaha Ali menawan hati Sarah.

Nantikan filem yang penuh dengan kisah yang menarik ini di layar perak anda.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024