Artikel

PTS Lantik Duta Promo Seronoknya Cuti@PTS

oleh Roziyah pada 03 Oct 2011

Bagi memeriahkan Seronoknya Cuti@PTS, pihak pemasaran melantik duta yang menjadi jurucakap bagi semua aktiviti dan kempen Seronoknya Cuti@PTS.

PTS membawakan Duta Seronoknya Cuti iaitu penulis buku PTS One, Puan Husna Adnan yang menjadi duta bagi PTS One dan Penulis Komik-M, Tuan Nazry Salam yang menjadi duta kepada Komik-M.

Pelbagai aktiviti menarik bersama duta PTS disediakan bagi memeriahkan lagi cuti sekolah adik-adik.

Bermula Oktober ini, pelbagai kempen diadakan termasuklah kempen Like facebook PTS One dan Facebook Komik-M. Melalui kempen ini, peminat facebook PTS berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah istimewa yang disediakan.

Selain itu, PTS juga membawakan pertandingan video Seronoknya Cuti@PTS. Paling mengujakan, kempen 'Bongkar dan Menang' membawakan hadiah besar yang boleh dimenangi pembaca facebook PTS.

Layari www.suka.pts.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut peraduan yang bermula Oktober ini.

Nantikan penguguman peraduan yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa khas buat pembaca setia PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025