Artikel

PTS Litera Lancar Buku Terakhir Azizi Hj Abdullah

oleh Roziyah pada 25 Oct 2011

Ahad lalu, PTS Litera Utama Sdn Bhd dengan kerjasama Angkatan Sasterawan Kedah (ASASI) serta Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah menganjurkan Wacana Azizi Haji Abdullah bagi membicarakan mengenai Allahyarham Azizi Haji Abdullah sebagai pendidik dan sasterawan berjiwa rakyat.

Program wacana ini diadakan bagi mengenang Allahyarham Azizi sebagai seorang pendidik dan sasterawan berjiwa rakyat serta memberi peluang kepada hadirin bagi mendedahkan Azizi sebagai seorang penulis yang menghasilkan sesuatu yang unik mengenai profesion perguruan dalam dunia penulisan tempatan.

PTS Litera Utama yang diketuai oleh Tuan Rohidzir Rais berbesar hati turun ke utara semenanjung Malaysia bagi melancarkan program wacana Azizi Hj Abdullah sekaligus menjalankan pelancaran buku terakhir Allahyarham.

Buku Mandala Dunia Kedua yang juga buku terakhir Allahyarham Azizi Haji Abdullah ini dilancarkan oleh Ketua Gapena 1, Tan Sri Prof. Emiritus Dato’ Dr. Ismail Hussien yang menganggap karya Azizi Hj Abdullah sebagai karya yang bernilai.

Majlis yang diadakan di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Jalan Kolam Air, Alor Setar Kedah pada 23 Oktober 2011 lalu itu mendapat sambutan hangat dan dihadiri oleh guru serta pelajar di sekitar Alor Setar.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024