Artikel
PTS Membatalkan Senarai Pemenang Minggu Dua Belas Teka Judul Buku PTS
oleh Roziyah pada 30 Dec 2010
Pihak PTS membatalkan senarai pemenang Teka Judul Buku PTS bagi minggu dua belas yang dikeluarkan pada 29 Disember lalu.
Tindakan pembatalan ini dilakukan kerana terdapat kesilapan teknikal ketika proses pemilihan pemenang dilakukan.
Pihak PTS memohon maaf atas kesilapan yang berlaku di pihak PTS dan kesulitan yang berlaku di pihak pemenang.
Pihak PTS juga sudah menghantar SMS maklumat pembatalan dan permohonan maaf kepada senarai pemenang yang diumumkan sebelum ini.
Senarai pemenang minggu terakhir bagi peraduan Teka Judul Buku PTS akan diumumkan semula pada hari ini. Pihak PTS juga akan menghantar SMS kepada semua pemenang yang terkini.
Sekali lagi, pihak PTS memohon maaf atas kesilapan yang berlaku. Tuan dan puan boleh menyemak kembali senarai pemenang yang akan diumumkan pada hari ini.