Artikel

PTS Net Media Hasil Buku-Buku ICT Bahasa Melayu

oleh Roziyah pada 18 Aug 2010

PTS dalam proses memandaikan bangsa melangkah lagi dengan melahirkan PTS Netmedia Sdn Bhd.

Menurut Editor Pengurusan PTS Netmedia, Mohd Sallehuddin Mad Yusof, PTS Netmedia bermatlamat menghasilkan buku berkait ICT dalam bahasa Melayu bagi membantu individu lain supaya lebih mendalami ICT.

“Kita mempelawa sesiapa yang berminat menghasilkan buku berkaitan ICT ini. Penulis boleh menulis mengenai apa-apa sahaja teknologi terkini yang muncul di pasaran. Contohnya, sekiranya penulis yang mempunyai kemahiran dalam aplikasi kamera DSLR boleh menulis buku mengenai cara penggunaan DSLR,” jelas Tuan Sallehuddin.

Antara kategori yang mungkin boleh diterokai penulis adalah Sistem Operasi, penggunaan telefon seperti Blackberry, iPhone, Aplikasi Kamera seperti DSLR, teknik DSLR, Photoshop, Grafik Komunikasi dan banyak lagi.

“Kita berharap lebih ramai yang menulis berkait ICT ini dalam bahasa Melayu agar dapat membantu mereka di luar sana yang mencari rujukan seperti ini dalam bahasa Melayu,” jelas beliau lagi.

Tuan dan puan yang ingin mengetahui lanjut mengenai PTS Netmedia juga boleh mendapatkan maklumat PTS Netmedia di www.facebook.com/ptsnetmedia. Melalui facebook ini, pelbagai maklumat dan info-info terkini dunia ICT dan teknologi dikongsi bagi manfaat bersama.

Tuan dan puan yang berminat menghasilkan buku atau mempunyai pandangan serta pertanyaan terhadap PTS Netmedia ini boleh terus emailkan kepada ptsnetmedia.com.my bagi maklumat lanjut.

Nantikan buku-buku terbitan PTS Netmedia yang bakal di kedai-kedai berhampiran tuan dan puan tidak lama lagi. 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024