Artikel

PTS One Cari Penulis Muda Berbakat Besar

oleh Roziyah pada 16 Nov 2011

PTS One kini membuka peluang kepada mereka yang berusia antara 9 hingga 13 tahun bagi menghasilkan karya menarik bersama PTS One.

Kini adik-adik juga berpeluang menghasilkan karya dan diterbitkan menjadi buku dengan menghantar karya adik-adik kepada PTS One.

PTS One tidak menetapkan apa-apa tema. Adik-adik boleh menulis mengenai kisah persahabatan, keluarga ataupun kisah persekolahan yang menarik menggunakan fomat double spacing, font Times New Roman disediakan dalam 40 hingga ke 50 muka surat saiz A4. PTS One akan memilih karya yang terbaik bagi diterbitkan menjadi sebuah buku.

Bagi yang belum pernah menghasilkan karya sebelum ini tidak perlu gusar kerana pihak PTS One akan membimbing anak-anak bagi menghasilkan karya yang baik dan bermutu. Kepada yang berminat boleh menghantar karya dan kisah menarik anda kepada PTS One di email [email protected].

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024