Artikel

PTS POP Gabungkan Genre Kreatif Popular Bawah Satu Payung

oleh Roziyah pada 25 Feb 2011

PTS Publication & Distributors mengorak langkah lebih besar dengan menubuhkan satu lagi anak syarikat yang menggabungkan genre kreatif popular di bawah satu payung.

Melihat logonya yang kreatif, unik dan mempunyai identitinya yang tersendiri sudah mampu memberi gambaran kehebatan anak syarikat terbaru PTS ini.

Melalui nama PTS Pop, ia menjadi landasan emas kepada karya-karya kreatif termasuklah genre novel grafik (Komik-M) dan fiksyen melangkah lebih jauh lagi.

Lebih menarik, PTS Pop juga membawakan koleksi karya agung Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said agar karya hebat sasterawan negara itu lebih dikenali oleh golongan remaja dan kanak-kanak.

Pengurus Penerbitan PTS Pop, Tuan Wan Zuhairi Wan Zainuddin menjelaskan yang PTS Pop akan sentiasa komited menghasilkan buku-buku yang popular di pasaran sekaligus memenuhi selera peminat buku-buku grafik, fiksyen dan karya sasterawan negara.

Sebagai maklumat tambahan, karya-karya fiksyen, triller, humor dan Apresiasi Remaja Sasterawan Negara yang sebelum ini berada di bawah naungan PTS Fortuna juga kini disatukan dibawah payung PTS Pop bagi memantapkan lagi karya-karya tersebut.

Sekiranya sebelum ini PTS Fotuna membawakan karya-karya menarik buat pembaca lelaki, kini karya fiksyen di bawah PTS Pop tampil lebih pelbagai dengan melahirkan karya-karya menarik untuk pembaca lelaki dan perempuan.

"Penulis sebelum ini yang menghantar dan menulis bersama PTS Fortuna masih boleh menghantar karya mereka ke PTS Pop melalui email [email protected]," jelas Tuan Muhammad Heaqal yang menguruskan karya fikyen PTS Pop lanjut.

PTS Pop juga membuka ruang dan peluang kepada mereka yang berbakat menghasilkan komik serta karya fiksyen termasuklah karya humor dan apa sahaja karya menarik bagi diterbitkan.
Dapatkan informasi menarik dan terkini mengenai PTS Pop melalui fanpagenya di facebook.com/PTSPOP.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025