Artikel

Rakaman Usrah Jadi Pembuka Hari Kedua PBKKL

oleh Roziyah pada 23 Dec 2010

Rakaman Usrah menjadi pembuka aktiviti di booth PTS dalam Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur (PBKKL) 2010 yang diadakan di PWTC.

Rancangan Usrah yang diacarakan oleh Ustazah Asni memberi peluang kepada pengunjung melihat sendiri sesi rakaman bersama TV9. 

Lebih menarik, pengunjung juga dapat melihat dengan lebih dekat personaliti TV9.

Sertai aktiviti yang disediakan oleh warga PTS bagi menambah keceriaan tuan dan puan seisi keluarga di PBKKL ini. 

Selain aktiviti dan hadiah menarik yang disediakan, warga PTS juga menyediakan pelbagai jenis buku-buku yang bukan sahaja sesuai buat kanak-kanak malahan terdapat juga buku-buku menarik buat ibu dan bapa yang hadir. 

Diskaun hebat disediakan buat pengunjung booth PTS. Melalui pembelian RM500 ke atas juga pembeli boleh membawa hamper khas bagi menghargai peminat-peminat buku PTS. 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024