Artikel

Saksikan Chef Hussin dalam Spice Route

oleh Roziyah pada 03 Oct 2011

Memulakan langkah secara profesional dengan menghasilkan buku bersama PTS menjadi landasan kepada Chef muda ini bergiat aktif dalam bidang masakan.

Pensyarah Kulinari dari UiTM Pulau Pinang, Hussin Khan kini mampu membawa nama beliau dalam dunia penyiaran dengan menjadi pengacara bagi program Spice Route musim ke 4 yang popular di TV3. Pengambaran Spice Route kali ini diadakan di Turki.

Sebelum ini, beliau menghasilkan buku resipi bersama PTS Millenia yang bertajuk Makan Tengahari dan Makan Malam serta Sarapan Pagi dan Minum Petang. Buku yang laris dipasaran ini membawakan resipi sihat dan mudah. Selain itu, beliau juga menghasilkan buku resipi yang bertajuk Salad Buah dan Sayur serta Pembuka Selera khas bagi mereka yang mementingkan diet seimbang dalam pemakanan.

Melalui rancangan Spice Route ini beliau akan membawakan budaya dan sejarah makanan serta rempah ratus yang digunakan dalam masakan.

Pastikan tuan dan puan tidak ketinggalan menyaksikan rancangan Spice Route yang diadakan di TV3 pada jam 7.30 malam. Rancangan yang diadakan setiap hari Jumaat ini akan bermula pada 7 Oktober ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025