Artikel
Sambutan Hangat di Bengkel Buku Bisnes & Pengurusan
oleh Helmi pada 17 Apr 2006
Bengkel yang diadakan pada 16 April 2006 di Sekolah Al-Ikhlas, Taman Permata mengumpulkan 35 orang bakal penulis baru.
Peserta-peserta yang hadir terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya.
Encik Rashid Azad Khan (CEO Kumpulan PTS) tampil pada slot pertama dengan berkongsi pengalaman yang pernah ditimba sebelum ini semasa di syarikat-syarikat lain bersama peserta-peserta bengkel. Selain itu, beliau membicarakan konsep dan bentuk buku-buku bisnes dan pengurusan.
Pada sebelah petang, Encik Nazrul Shamsudin (Pengurus PTS Professional) pula membentangkan informasi berkaitan gaya penulisan, teknik KJ Method, teknik adaptasi dan copyright buku.
Keterlibatan peserta dengan pelbagai soalan memeriahkan lagi suasana bengkel.
Diharap peserta-peserta yang hadir dapat menghasilkan buku-buku yang berkualiti sehingga dapat dimanfaatkan oleh semua orang.