Artikel

Sasterawan Negara Mengungguli Hadiah Sastera Perdana 2012

oleh Amirah pada 28 Nov 2013

Hadiah Sastera Perdana Malaysia adalah pengiktirafan tertinggi bagi sastera Malaysia. Majlis penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2012 disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 27 November 2013.

Pada tahun ini sejumlah 40 karya sastera diiktiraf merangkumi buku sastera, karya eceran, dan buku sastera kanak-kanak atau remaja. Pengiktirafan ini diberi kepada karya sastera Melayu pelbagai genre yang memperlihatkan mutu penciptaan yang tinggi sepanjang tahun 2012.

Sasterawan Negara, Dr. Anwar Ridhwan mengungguli Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2012 dengan kemenangan bukunya, Penyeberang Sempadan memenangi Kategori A, dan sajaknya, Mariam memenangi Kategori B.

Pemenang bagi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2012 dalam Kategori A (Buku Sastera) adalah:

1. Dr. Anwar Ridhwan (Penyeberang Sempadan)

2. Roslan Jomel (Selamat Datang ke Malaywood)

3. Ramzah Dambul (Alien Mencari Cinta)

4. Norhayati Ab. Rahman (Puisi Sastera Wanita Indonesia dan Malaysia: Sati Bacaan Ginokritik)

5. Mahaya Mohd. Yassin (Kuasa Kata dari Lisan Mengalir ke Lautan Aksara).

Sekalung tahniah daripada PTS Media Group

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024