Artikel

Sasterawan Negara Turun Padang Temui Peminat

oleh Roziyah pada 11 Jan 2012

Berita baik kepada peminat Sasterawan Negara, Dato’ A. Samad Said. Hujung minggu ini PTS membawakan Sasterawan Negara, Dato’ A. Samad Said bagi bertemu dengan peminat di sekitar Kuala Lumpur.

Melalui Pesta Buku MPH yang berlangsung di stesen KL Sentral, Kuala Lumpur, peminat dapat bertemu dan beramah mesra dengan penulis yang dikenali dan dikagumi ramai ini.

Selain beramah mesra dan mendapatkan tandatangan beliau, tuan dan puan juga boleh mendapatkan buku hasil karya sasterawan negara ini.

Temui beliau di KL Sentral, Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 14 Januari 2012 bermula dari jam 2 petang.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024