Artikel

Segalanya Mudah Mengenai Alam Semesta: Oh, Senangnya Sains Bumi

oleh Muhammad Syarafuddin Sulaiman pada 29 Jan 2015

Bayangkan buku teks yang penuh dengan kartun. Bayangkan buku sekolah yang mempunyai lukisan dan gambar, lebih banyak daripada tulisan. Bayangkan pula, buku tadi, datangnya dari negara Running Man, Korea.

Dalam mimpikah?

Tidak. Buku begitu wujud. Oh, Senangnya Sains adalah buku teks yang penuh dengan kartun. Setiap muka surat, pasti ada kartun. Lebih daripada itu, ini adalah buku teks sekolah menengah yang mempunyai kartun, gambar, dan lukisan, lebih banyak daripada tulisan. Semuanya berwarna, dicetak di atas kertas berkilat. 

Siri Oh, Senangnya Sains ini memang datang dari Korea. Sebelum ini, sudah ada Oh, Senangnya Sains Kimia, Oh, Senangnya Sains Biologi, dan Oh, Senangnya Sains, Fizik. Kali ini, kita ada Oh, Senangnya Sains Bumi pula.

Apa yang menarik adalah siri ini sudah terjual lebih 1 juta naskhah di Korea! Walaupun buku ini dari Korea, kandungannya disusun supaya mengikut kandungan buku teks Malaysia. Bahkan buku ini sudah disemak oleh pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dalam buku ini juga, ada aktiviti-aktiviti tambahan yang mampu mengukuhkan pemahaman berkenaan isi yang disampaikan. Terdapat juga rumusan pada akhir topik supaya pelajar lebih jelas tentang apa yang dibincangkan.

Dengan adanya buku Oh, Senangnya Sains Bumi dan buku lain dalam siri ini, belajar sains tidak lagi memeningkan. Bahkan, terasa seperti membaca Dragon Ball ataupun Conan pula.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024