Artikel
Sesi Percambahan Minda
oleh Helmi pada 06 Apr 2006
Ini kerana ia datang daripada minda cemerlang yang diasah serta diperah bagi membantu mencari jalan keluar dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Setakat ini rekod yang mencatatkan semua masalah dapat diselesaikan walaupun melalui proses perah otak. Beberapa tip di bawah dapat membantu anda memahami tajuk di atas.
1. Apabila anda menjadualkan mesyuarat, pastikan anda nyatakan dengan ringkas berkaitan masalah yang bakal dibincangkan dan sedikit latar belakang masalah itu. Jelaskan setakat mana pencapaian masalah itu sudah diperoleh dan apa harapannya. Ini akan membantu peserta mempersiapkan diri mengambil bahagian dalam sesi perah otak. Semakin banyak perbincangan, maka hasil yang bakal diperoleh adalah lebih baik dan bernilai tinggi.
2. Pastikan ahli-ahli yang terlibat dalam sesi itu datangnya daripada latar belakang yang berbeza. Kepakaran, kelulusan dan rekod pencapaian yang berbeza. Dalam banyak keadaan sebelum ini, membuktikan idea bernas datang daripada individu yang tiada kaitan dengan masalah yang dibincangkan. Namun demikian, berhati-hatilah dalam mencampuradukkan peringkat pengurusan yang berbeza. Sering berlaku apabila kehadiran pengurusan peringkat tinggi tidak mendorong ahli melibatkan diri secara berlebihan.
3. Agihkan salinan peraturan kepada semua yang terlibat sebelum sesi itu dimulakan.
Peraturan-peraturan itu adalah:
a. Tidak dibenarkan mengkritik idea-idea yang diutarakan ataupun dicetuskan.
b. Menggalakkan semua pandangan dan idea.
c. Lebih banyak idea adalah lebih baik.
d. Setiap peserta perlu cuba kembangkan ataupun kaitkan idea-idea rakan yang lain bagi menghasilkan idea-idea baru.
e. Perbincangan perlu bersifat ringan dan bersahaja tetapi konstruktif.
4. Sesi perah otak tidak perlu melebihi 30 ataupun 40 minit kerana sesi seperti ini meletihkan. Sekiranya tidak banyak perkembangan selepas tempoh itu, maka ubahsuai mesyuarat dengan melaksanakan sesi itu pada mesyuarat akan datang. Biarkan peserta mesyuarat faham akan ada sesi lain bagi masalah yang sama supaya mereka mempunyai masa memikirkan idea-idea baru. Idea-idea hebat selalunya datang pada masa dan di tempat yang tidak disangkakan seperti semasa berada di persimpangan lampu isyarat, di padang bola, di restoran ataupun di masjid.
5. Pada peringkat permulaan, jelaskan berkaitan fasa yang membunuh mood dan ia tidak dibenarkan. Anda boleh menghasilkan dua kad bagi setiap peserta apabila mereka masuk ke bilik mesyuarat. Kad pertama bertanda bulatan merah dan kad kedua bertanda bulatan hijau. Sekiranya aliran idea adalah positif, semua peserta menunjukkan kad hijau. Apabila seseorang menunjukkan fasa yang membunuh mood dan kelicinan proses, semua peserta mengeluarkan kad merah. Ini akan membantu peserta memahami perkara yang tidak perlu dibincangkan ataupun perkara yang perlu dibantu dengan input yang lain.
6. Apabila lebih daripada 10 peserta yang dijemput ataupun hadir dalam sesi yang dirancang, bahagikan kepada dua kumpulan dalam sekitar lima ataupun enam orang. Setiap kumpulan membincangkan isu yang berbeza. Kumpulan kecil dapat mengelakkan formaliti dan memberi suasana selesa bagi berbincang. Semakin selesa peserta bermakna semakin banyak perkongsian dapat dibuat kerana mereka berasa kondusif dalam mengutarakan idea.
7. Tuliskan matlamat sesi itu supaya dapat dilihat dengan jelas oleh semua orang. Tuliskan dalam bentuk persoalan. Kenapa masih terdapat… ataupun Apa yang menyebabkan…
8. Pastikan semua idea dicatatkan di papan putih. Pastikan ia mudah dibaca dan difahami serta tidak memeningkan. Catatan perlu membantu ke arah idea baru sebagai tambahan. Ia juga boleh dipadam serta dicatatkan bagi rujukan seterusnya. Idea-idea yang dicetuskan melalui sesi itu perlu segar dan disimpan sebagai rujukan.
9. Apabila aliran idea mulai berulang-ulang, ketua perlu masuk campur. Tanyakan peserta lain berkaitan idea yang berulang. Cadangkan pada mereka supaya memilih idea yang terbaik berserta dengan alasannya. Sekiranya anda adalah ketua bagi sesi itu, simpan beberapa idea bagi dibincangkan semasa sesi perah otak mengalami jalan buntu.