Artikel

Siapa Olav Schewe? Pelajar Biasa Yang Berjaya Masuk ke Universiti Oxford

oleh Asri Yussof pada 13 Feb 2018

Olav Schewe memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dengan Cemerlang dari University of Oxford. Beliau adalah contoh untuk membuktikan yang pelajar biasa juga boleh mencapai tahap kecemerlangan akademik yang membanggakan jika menggunakan teknik pembelajaran yang betul.

Olev merupakan kumpulan pelajar gred C ketika di sekolah menengah rendah. Kemudian beliau dimasukkan ke dalam sekumpulan besar pelajar yang bijak yang sering memperolehi gred A. Sejak itu, beliau mengubah teknik pembelajarannya untuk bersaing dengan pelajar dalam liga B hingga A.

Selepas menduduki Ujian Kemasukan Pengurusan Siswazah (GMAT), iaitu peperiksaan kemasukan global bagi pendidikan sarjana dalam kewangan dan pentadbiran. Dari lebih satu juta orang yang menduduki peperiksaan tersebut, beliau tergolong antara 6 peratus yang paling atas.

Klik untuk tonton video

Beliau kemudian menerima tawaran daripada Universiti Oxford di Great Britian, Universiti Liga Ivy di Amerika Syariakt, Universiti Pennsylvania dan Sekolah Wharton. Pengajian sarjana beliau ditaja sepenuhnya dengan biasiswa Fulbright berjumlah $50,000.

Beliau kemudian menghadiri Sekolah Ekonomi Norway dan University of California, Berkeley. Sebelum memulakan program siswazahnya di Oxford.

Olav schewe

Beliau berkongsi kepada pembaca dalam pengenalan buku ini, pengalaman beliau sendiri menunjukkan kepada kita, kunci untuk belajar dengan lebih baik dan memperoleh keputusan yang cemerlang adalah dengan usaha dan digabungkan dengan teknik belajar dan prestasi yang baik.

Beliau menulis buku Super Student: Pelajar Biasa Yang Berjaya Masuk ke Universiti Oxford selepas beliau tamat belajar dari Universiti Oxford. Dari situ beliau menyedari bahawa, teknik adalah sesuatu yang penting untuk seseorang pelajar. Beliau mengambil masa yang agak lama untuk mengetahui tentang perkara ini.

Olav schewe

Klik di sini untuk memiliki buku ini

Matlamat beliau untuk buku Super Student ini supaya ianya mudah dibaca oleh semua peringkat umur, dan buku ini berjaya merumuskan semua pengaruh ini untuk mencari satu teknik yang berkesan untuk diri kita sendiri.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024