Artikel
Siri Apresiasi Remaja Sasterawan Negara Kini Lengkap
oleh Roziyah pada 28 Feb 2011
PTS Pop kini melengkapkan Siri Apresiasi Remaja Sasterawan Negara (SN), Dato' A. Samad Said dengan terbitnya semua siri itu baru-baru ini.
Melalui koleksi buku Bendera Di Atas Bukit, Rumah Rahsia, Jangan Ikut Jalan Ini, Berat Sama Dipikul dan Mengejar Tetamu di Senja, koleksi Apreasiasi ini menjadi koleksi menarik baik kepada semua peringkat pembaca.
Hasil karya tokoh sastera ini dihidangkan dalam bentuk yang menarik dan menghiburkan. Kanak-kanak juga mampu menghadam karya hebat sasterawan negara ini melalui pakej terkini buku-buku tulisan Dato' A. Samad Said ini.
Editor pengurusan, Tuan Zaki Zainol menjelaskan buku ini menarik kerana cover buku siri Apresiasi Sasterawan Negara ini dapat digabungkan antara satu dengan yang lain dan menghasilkan satu lukisan panjang yang menarik.
Selain cover yang menarik, pembaca dan remaja khususnya dapat meneroka kehidupan zaman kanak-kanak era 60an. Pembaca dapat mengetahui dan menyelusuri cara hidup kanak-kanak di era tersebut.
Lebih menarik, PTS Pop menjanjikan karya-karya yang lebih hebat daripada SN Dato' A. Samad Said termasuklah dua karya hebat yang menjadi signature kepada tokoh sasterawan negara ini.
Melalui terbitan buku-buku sasterawan negara ini, PTS Pop mengharapkan lebih ramai lagi sasterawan negara akan bekerjasama bagi menerbitkan karya mereka bersama PTS.
Kumpulkan semua Siri Apresiasi Remaja Sasterawan ini bagi melengkapkan karya hebat tokoh sasterawan negara ini.