Artikel

Surat Testimoni Penulis PTS

oleh Helmi pada 19 Dec 2006

Sifu (Pn Ainon, Pengerusi PTS Group),  Saya amat berterima kasih kepada pihak PTS kerana dua hal:  1. Buku saya kelihatan laris dan dipromosi dengan baik. Buktinya: Buku Teknik Menulis Ucapan telah dicetak tiga kali dalam tahun ini. Buku Buat Duit dengan Menulis cetakan ke-2 difahamkan telah kehabisan stok kerana untuk bengkel penulisan buku tempoh hari saya telah memesan 50 naskhah, tetapi stoknya tidak ada lagi. Jadi, saya ingin rakamkan penghargaan kepada semua pihak, terutamanya editor, bahagian pemasaran dan promosi PTS.  2. Disebabkan buku saya diterbitkan oleh PTS, ketampakan - visibility - saya di peringkat nasional semakin menyerlah. Kini saya semakin kerap diundang mengendalikan bengkel menulis buku, mengendalikan teknik wawancara dan pengucapan awam dan penulisan ucapan.  Terima kasih dan salam saya kepada semua karyawan PTS. Salam juga kepada Profesor.  Jeniri

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025