Artikel

Tangan Dihulur, Bantuan Disalur kepada Mangsa Banjir di Pahang

oleh Amirah pada 12 Dec 2013

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Rentetan bencana alam yang menimpa penduduk di sekitar Pahang yang terlibat dalam bencana banjir, PTS terpanggil untuk turut sama meringankan beban dan menghulurkan bantuan.

PTS dengan kerjasama Persatuan Bekas-Bekas Pelajar MRSM Kuantan mengambil inisiatif dengan menyediakan keperluan asas dan harian untuk disalurkan ke pusat pemindahan banjir menerusi pusat edaran iaitu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan pada 7 dan 11 Disember lalu.

Antara yang terlibat dalam koordinasi meyalurkan bantuan ini termasuk Pengarah Urusan, En. Arief Hakim Sani, alumni MRSM Kuantan serta staf-staf PTS.

Bantuan yang disalurkan ini bertujuan mengurangkan keperitan mangsa yang mengalami kesukaran mendapatkan bekalan air bersih dan kehilangan harta benda.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024