Artikel

Tepuk-Tepuk, Bawa Bola Pingpong Dalam Sudu, Baling Ular, Tidak Membina Jati Diri - Matltuhfi

oleh Asri Yussof pada 22 May 2017

Matltuhfi dalam buku terbarunya Alegori Rumah Api, ada menulis satu bab mengenai Kem Jati Diri. Beliau mengkritik kem-kem jati diri yang membawa permainan seperti Menyanyi Negaraku sambil tarik tali bendera yang tak wujud, bercakap dengan batu, bawa bola pingpong dalam sudu dan tarian haka.

Kata Matluthfi, Permainan-permainan picisan seperti ini sering ditempek-tempek dengan pengajaran hidup. Beliau tidak dapat menerima kenapa masih ada orang yang mempertahankan benda-benda bodoh sebegini.

buku mat

Tambah beliau lagi, jati diri dibentuk melalui pembacaan, renungan, perbincangan dan perdebatan bukannya dengan perkara picisan seperti itu. Perkara-perkara seperti debat dan perbincangan adalah yang real, yang benar-benar mengubah diri seseorang.

Kes yang paling terbaru adalah kes membaling ular kepada murid-murid perempuan sekolah rendah. Kes ini memberikan pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. Masing-masing ada pandangan dan hujah sendiri. Tetapi ini hujah Matltuhfi,

“Sejak bila mencampak ular boleh membentuk jati diri orang? Kali terakhir, berlaku kepada ahli-ahli sihir belaan Firaun yang sedang berhadapan dengan Nabi Musa a.s. Itu pun ular mukjizat, bukan ular biasa-biasa.”

mat

Alegori Rumah Api adalah buku ke-empat Matltuhfi yang memuatkan 38 buah tulisan multigenre – cerpen, artikel,alegori, esei dan coretan pengalaman. Kebanyakannya ditulis sepanjang tahun 2016 dan selebihnya pada tahun 2017. Buku ini dilancarkan di PWTC baru-baru ini sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017.

iklan produk

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024