Artikel
Testimonial Pembaca Siri Chit Chat Remaja PTS Millennia
oleh Helmi pada 13 Jun 2007
Apa yang menarik untuk diketahui umum mengenai buku ini adalah, ia berjaya menarik perhatian dan minat remaja untuk dijadikan sebagai bahan bacaan hiburan yang berfaedah. Daya tarikan buku ini terserlah apabila pelajar yang pernah membaca satu siri akan mencari siri seterusnya untuk dibaca, bahkan kini masih menunggu untuk siri Chit Chat seterusnya diterbitkan. Apabila saya amati sendiri isi kandungan buku berkenaan, pada hemat saya ia memang berfaedah kerana menyampaikan mesej motivasi serta pembangunan diri remaja melalui medium penyampaian yang berkesan. Saya juga berminat untuk mengetahui perkembangan buku-buku di PTS yang mungkin lebih banyak yang menarik perhatian pembaca. Saya cadangkan supaya siri ini diteruskan dengan kerjasama penulisnya M.Fadzli A.Bakar dengan pihak penerbit PTS. Semoga usaha murni dalam penyampaian ilmu dan pengisian kepada remaja ini akan berterusan serta berkesinambungan. Sekian, terima kasih. - Azneezal Ar-Rashid, Sarawak -