Artikel

Tiada Dalil Wajib Berkhatan Untuk Wanita - Dr. Abdullah Nasih Ulwan

oleh Asri Yussof pada 20 Oct 2016

Berkahtan untuk Wanita adalah sesuatu amalan suruhan agama? Amalan ini masih ada yang diamalkan dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia, tidak terkecuali dikalangan penduduk Kristian di Eritrea, Ethiopia dan Somalia.

Dr. Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya Tarbiyatul Aulad Fil Islam: Mencorak Peribadi di Awal Anak menjelaskan, Rasulullah saw hanya menggalakkan kaum lelaki sahaja dan tidak ada dalil yang menetapkan Baginda memerintahkan wanita untuk berkhatan melainkan hanya satu (1) hadis ini sahaja, daripada Syaddad.

Berkhatan adalah sunat kepada lelaki dan dimuliakan bagi wanita

Beliau mengulas hadis ini, perkataan makrumatun lin nisaak (dimuliakan bagi wanita) menjadi dalil ia adalah sunat sahaja.

tarbiyatul aulad

MENARIK: Dapatkan buku Tarbiyatul Aulad di Bookcafe dengan diskaun 50%

MENARIK: Cara pendidikan awal kenak-kanak menurut Islam

Dr. Harlina Siraj, doktor perubatan (pakar sakit puan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia memberitahu kepada FMT bahawa perkara ini adalah penginaan terhadap wanita.

Ini sangat menghina. Padahal tiada dalam sirah (sejarah kehidupan Nabi Muhammad) yang menyatakan nabi mengkhatankan anak perempuannya

Dr. Harlina

Sebagai pengamal perubatan, kami hanya lakukan sesuatu yang mempunyai asas dan ada data saintifik. Berbeza bagi lelaki, tiada kajian menunjukkan khatan perempuan memberikan manfaat, malah ada risiko berlakunya kesilapan ketika dilakukan

Para fuqaha dan imam mujtahidin bersepakat menyatakan berkhatan adalah sunat kepada wanita dan tidak diwajibkan.

Hanya Imam Ahmad bin Hanbal yang menyatakan berkhatan wajib secara sama rata sama ada kepada wanita ataupun lelaki, tulis Dr. Abdullah Nasih Ulwan lagi dalam bukunya.

Bagi pendapat beliau, berkhatan hanya wajib terhadap lelaki sahaja, ianya lebih bertepatan dengan persepakatan para imam dan fuqaha yang menyatakan hukum berkhatan adalah sunat kepada wanita, bukan wajib.

Jakim

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama IslamMalaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 - 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation).

Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam.

Walau bagaimanapun, Islam juga amat mementingkan keselamatan umatnya dan memberikan kelonggaran sekiranya sesuatu amalan atau perbuatan itu boleh mendatangkan kemudharatan pada diri.

Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib.

Walau bagaimanapun, sekiranya ia boleh membawa kemudharatan pada diri, maka ia perlu dielakkan.

WHO

Walaupun hukumnya begitu, Muzakarah mendefinisikan berkhatan untuk perempuan adalah merujuk kepada pemotongan sebahagian kulit pada bahagian atas faraj bagi perempuan dan bukan seperti Female Genital Mutilation (FGM) yang dibenteras oleh World Health Organization (WHO).

Dr. Farouk

Dr. Farouk Musa, pakar kardiotoraasik dan pensyarah kanan jurusan perubatan di Universiti Monash meminta agar mufti menilai semula fatwa kerana berkhatan bagi wanita tiada kebaikan melainkan ia hanya mendatangkan kemudaratan walaupun beliau mengakui prosedur FGM di Malaysia tidak membuang terlalu banyak lebihan kulit pada kemaluan perempuan

Tambah beliau lagi,

“Tiada satu pun ayat Al-Quran atau hadis yang mewajibkan khatan kepada perempuan dan menurut fatwa Qaradawi, FGM bukan tuntutan agama, malah berbahaya dan perlu dihentikan.”

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024