Artikel

Tolak Permusuhan- Belajar Dari Sejarah Umat Islam

oleh Asri Yussof pada 22 Jul 2018

Seminggu dua ini kita baca beberapa berita yang melibatkan penentangan sebahagian umat Islam terhadap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr P. Ramasamy yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam  (LTTE).

P. Ramasamy

Kira-kira 300 orang membantah terhadap P Ramasamy DAP dan berganding bahu dalam menyokong pendakwah Islam Dr Zakir Naik yang diburu oleh kerajaan India di kompleks masjid di Dato Keramat.

Kumpulan itu menuntut agar Ramasamy ditangkap kerana “menjadi ahli aktif kumpulan pengganas” di Sri Lanka dan juga menyeru semua orang untuk berhenti mengkritik Dr. Zakir Naik.- lapor FMT.

Mufti Negeri Perlis, Dr. MAZA dalam banyak kenyataannya di facebook turun mengecam Dr. P. Ramasamy dan meminta agar umat Islam di seluruh Malaysia berganding bahu dan bersoladiriti supaya beliau ditangkap.

Dr. MAZA

“Umat Islam di Pulau Pinang sudah bersolidariti menuntut Ramasamy ditangkap. Harap di seluruh Malaysia digerakkan kebangkitan menuntut Ramasamy ditangkap.” - tulis beliau di facebook, bertarikh 20 Julai 2018.

Bercakap mengenai keganasan, dalam salah sebuah ceramah oleh Mufti Perlis itu, beliau turut mempersoalkan kepada masyarakat, kenapa bila sebut sahaja teroris, ia hanya dikaitkan dengan umat Islam sahaja? Kenapa kita tidak sebut, Perdana Menteri India- Narendra Modi juga seorang pengganas apabila berlaku peningkatan kes pembunuhan keatas umat Islam di India hanya kerana mereka memelihara lembut dan memakan daging? Kenapa kita tidak sebut mereka teroris? Soal beliau dalam salah satu ceramahnya.

India Prime Minister

Dalam perkara ini saya setuju dengan Dr. MAZA. Tekanan terhadap umat Islam di India semakin meruncing sejak Narendra Modi dilantik menjadi Perdana Menteri sejak 2014. Sepatutnya kita memberikan kebebasan agama lain untuk hidup dengan aman.

Sedikit mengenai sejarah, India penah menempatkan nama mereka dalam tingkat kedudukan yang bertamadun tinggi dalam perkara keagamaan dan metafisika. Malah ia berlaku beratus tahun sejak sebelum Nabi Isa a.s. Lahir lagi. Dari India lah timbulnya agama Brahma yang terkenal. Di sana juga timbul Gautama Budha.

Penemuan kerajaan Mohenjo-Daro yang bersistematik juga ditemui di tanah India. Seni bangunannya, sistem tulisan, tempat-tempat mandi dan gudang-gudang di dalam tenah menyimpan makanan, menunjukan tanah India menempa nama yang panjang di dalam sejarah.

Dalam lipatan sejarah kerajaan Islam- sejak dari pemerintahan Saidina Umar al-Khattab lagi, India telah menjadi perhatian. Usman bin Abul `Ash Ats-Tsaafiy mengetuai kumpulan tentera menuju ke Timur. Pada 22Hijrah, mereka sampai ke Parsi melalui Khurasan dan mempunyai niat untuk masuk ke India. - tulisan HAMKA dalam bukunya Sejarah Umat Islam.

Sejarah Umat Islam

Ketika Zaman Uthman bin Affan juga, melalui Gabenor di Iraq, Abdullah bin Amir bin Kuraiz telah mengutus Hakim bin Jabalah untuk melihat wilayah India. Kemudian di zaman Ali bin Abu Thalib, beliau mengutus Al-Harits bin Murrah Al-Abdi.

Rentetan sejarah ini memberi gambaran bahawa wilayah India yang luas, bertamadun dan sistematik dan berteknologi menjadi igaun semua pihak. India merupakan tamadun yang besar di dalam sejarah. Dari Hindu hingga kepada Islam, India pernah bernaung di bawah kedua-dua keuasaan.

Tanpa keterbukaan dan pemikiran agama yang sempit, serta permusuhan, mana-mana negara boleh musnah. Cordoba boleh menjadi tamadun yang besar kerana keterbukaan yang luas. Umat Islam dan kristian boleh hidup aman di dalam satu negara. #TolakPermusuhan

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024