Artikel

Tonton Filem Dokumentari- BANGKIT- Pasca Pilihanraya 9 May 2018 Secara Percuma di iflix

oleh Asri Yussof pada 30 Jan 2019

Tarikh 9 May 2018 adalah tarikh keramat buat Malaysia apabila kita berjaya menukar kerajaan baru secara aman dan mengikut lunas undang-undang negara melalui undi pilihanraya.

Pilihanraya yang ke-14 in adalah titik totak jatuhnya parti Barisan Nasional yang paling lama menguasai negara iaitu selama 61 tahun.

Filem dokumentari yang bertajuk Bangkit 11 Days That Changed The Nation adalah sebuah filem dokumentari berkisarkan tentang pilihanraya ke-14 ini.

Bagaimana 11 hari menjelang hari mengundi bakal mengubah landskap baru politik Malaysia.

Pada pagi 10 Mei 2018, rakyat Malaysia bangun untuk sebuah negara baru. Buat pertama kalinya sejak kemerdekaan Malaysia, lebih dari setengah abad lalu, Malaysia kini berada di tangan kerajaan baru.

Tetapi bagaimana keadaan ini berlaku? Melihat ke belakang, gelombang perubahan dapat dilihat pada hari-hari menjelang pemilihan.

Filem ini memandang 11 hari menjelang pemilihan, secara teratur menggariskan peristiwa yang berlaku pada setiap hari yang secara langsung atau tidak langsung mempengaruhi keputusan pilihan raya.

Pengarah dan penerbit filem dokumentari Bangkit, Justin Ong berkata kepada The Sun Daily “Saya rasa cerita ini menarik kepada saya kerana saya adalah rakyat Malaysia, dan saya telah mengikuti pilihan raya ini dengan teliti.

Tambah beliau lagi, mesyurat bersama iflix berlangsung kira-kira dua bulan selepas pilihanraya ke-14. Katanya, syarikat langganan video atas talian- ilfix itu mahukan dari sisi lain yang belum lagi diulas oleh mana-mana media lain.

Ong menjelaskan, “Kami menggunakan rakaman rakaman peribadi menggunakan telefon. Rakaman ini boleh didapati di media sosial, tetapi tidak digunakan oleh media arus perdana.”

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024