Artikel

Tuan Bertanya, Dr. Danial Menjawab di PBAKL

oleh Roziyah pada 07 Apr 2011

Sekiranya sebelum ini tuan dan puan hanya melihat pakar motivasi, Dr. Danial berbicara di kaca talevisyen, kali ini PTS membawakan beliau khas sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011.

Dr. Danial Zainal Abidin adalah pengarah urusan di Danial Zainal Consultancy Malaysia Sdn. Bhd. Belau juga merupakan pengurus dan pengamal perubatan di Klinik Syifa Glugor Pulau Pinang.

Beliau sudah menghasilkan banyak buku bersama PTS. Buku 7 Formula Individu Cemerlang dan Tip-Tip Cemerlang Daripada Quran pernah tersenarai menjadi antara buku terbaik di beberapa buah kedai buku besar di ibu negara.

Antara buku lain hasil tulisan beliau termasuklah Bukti-Bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad, Minda Muslim Super Quran Saintifik dan banyak lagi.

Temui beliau Sabtu, 30 April 2011 ini bermula dari jam 12 tengahari khas di booth PTS.

Layari juga minisite PTS@PBAKL di www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat dan aktiviti terkini di booth PTS semasa PBAKL berlangsung.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024