Artikel

Waktu Mustajab Terkabulnya Doa

oleh Fathin Hani pada 28 Jul 2017

Doa adalah inti ibadah. Demikian pesan Nabi saw dalam hadith yang direkodkan oleh Imam At-Tarmizi. Oleh kerana itu, jemaah haji perlu memperbanyakkan doa sepanjang mengerjakan ibadah haji.

r

Antara usaha yang yang boleh kita lakukan agar doa kita dikabulkan oleh Allah swt adalah dengan memanfaatkan waktu-waktu tertentu yang dijanjikan oleh Allah bahawa doa ketika waktu-waktu tersebut  dikabulkan. Antara waktu-waktu tersebut adalah:

1) Pada tengah malam

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah saw bersabda,

يَتَنَزَّلُ رَبَّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلُّ لَيْلَةٍ إلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا حِيْنَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ اْلآخِرِ فَيَقُوْلُ مَنْ يَدْعُوْنِيْ فَأَسْتَجِبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلْنِيْ فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُ نِيْ فَأَغْفِرَلَهُ

“Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya”.

4

2) Selepas solat wajib

Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah saw ditanya tentang doa yang paling didengar oleh Allah swt, beliau menjawab,

جَوْفَ اللَّيْلِ اْلآخِرِ وَدُبُرَ الصَّلَوَاتِ الْمَكتُوْبَاتِ
“Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu”.

3) Antara azan dan Iqamat

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah saw bersabda.

لاَيُرَدُّ الدُّعَاءُ بَيْنَ اْلآذَانِ وَاْلإِقَامَةِ
“Doa tidak akan ditolak antara azan dan iqamat”.

d

 

4) Semasa hujan turun

Dari Sahl bin a’ad Radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah saw bersabda.
   ثِنْتَانِ مَاتُرَدَّانِ الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ وَ تَحْتَ الْمَطَرِ
   “Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa pada waktu azan dan doa pada waktu hujan”. Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak kerana pada ketika itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim.

5) Doa pada hari Arafah

Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Nabi saw bersabda.

خَيْرُالدُّعَاءِ يَوْمُ عَرَفَةَ
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”.

Allah memberikan hambaNya waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, diantaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka berfikir seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Bagi setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayan, kemakmuran, kesenangan dan keselamatan.

w

Klik disini untuk membeli buku ini sempena promosi haji

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024