Artikel

Wanie Yang Angkuh- Tunas Super: Arrogant Girl

oleh Adzkia Amanah Ugi Suharto pada 11 Jun 2015

Tiada sehari pun yang berlalu dalam kehidupan Puan Rohaya dan Encik Badrul tanpa perlu berdepan dengan perangai anak tunggal mereka, Wanie yang sering menyebabkan sakit kepala!

Sudahlah Wanie culas bangun di pagi hari untuk solat Subuh sehingga kadangkala memaksa ibunya menyimbah air padanya, prestasi akademik di sekolah juga sentiasa corot kerana sikap malasnya.

Pelbagai cara telah dilakukan kedua ibu bapanya dalam langkah untuk mendisiplinkannya, sebut sahaja kaedah apapun, samada denda atau rotan, hampir kesemuanya tidak berkesan terhadap Wanie yang kadangkala ibarat memakai perisai besi.

Sehinggalah suatu hari Puan Rohaya telah mengambil tindakan besar kerana tidak tahan dengan tingkah laku Wanie yang tidak menunjukkan sebarang perubahan positif malah semakin menjadi-jadi.

Apakah tindakan itu yang telah menyebabkan Encik Badrul bertambah berang dengan Wanie?

Mengapakah Wanie kemudiannya dihantar keluar dari rumah, jauh dari kemewahan dan keselesaan yang biasa dilaluinya?

Saksikan perjalanan Arrogant Girl, Wanie yang akan mula belajar mengubah sikap buruknya dan menghargai orang-orang di sekelilingnya.

Pembaca pasti terkejut dengan kejutan yang menanti di akhir kisah ini.

Semoga bergembira membaca karya penulis cilik Ayuni yang bijak memahami psikologi kanak-kanak lain seusianya.

Pastinya penulisan ini tidak akan mengecewakan!.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024