Artikel

Wanita tidak Memerlukan Penipuan Lagi: Big Fat Lies Women Tell Themselves

oleh Amirah pada 12 Sep 2014

Sedari kecil kita sudah diajar untuk membohongi diri sendiri dengan pelbagai tipu helah supaya kita berasa lebih tenang dan selamat. Buku ini menyuluh tepat ke arah Pembohongan Luar Biasa (Big Fat Lies) yang kita beritahu diri sendiri.

Terdapat 95 pembohongan yang wajib anda ketahui yang turut dimuatkan dalam halaman sebanyak lebih 300 ini. Bahkan, mungkin kita turut dapat mengenali kawan baik, adik-beradik, ibu mahupun anak kita.

Kebenaran yang timbul akan memberi jalan dan mengubah diri kita. 

Pembaca bukan sahaja didedahkan dengan kebenaran di setiap big fat lies yang dinyatakan malah, turut diselangi dengan beberapa keseronokan kreatif iaitu aktiviti mudah yang boleh anda lakukan selepas menyelesaikan sesuatu bab. 

Kata-kata sokongan juga turut diberikan supaya anda kekal tampil positif selepas menghabiskan pembacaan. Tidak rugi untuk anda menjadikan judul ini sebagai salah satu pilihan dalam koleksi buku morivasi anda. Bukan wanita sahaja boleh mendapatkan buku ini.

Lelaki juga mungkin memerlukannya untuk dijadikan panduan.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024