Artikel

Young Readers Kini Terbit dengan Halaman Bewarna 100%

oleh Zikri Musa pada 12 Dec 2012

Kawan-kawan inginkan bacaan yang menyeronokkan? Seronoknya Cuti! memperkenalkan kepada kawan-kawan siri Seronoknya Young Readers yang terbaru khas kepada semua. Antara judul-judulnya ialah, Anis si Ratu Payung dan Anis si Ratu Payung: Saya Sayang Awak, Geng Sahabat Haiwan: Boleh Kami Bantu, Siapa Beri Saya Sandwich dan akhir sekali Saya Tahu Rahsia Awak.

Anis si Ratu Payung mengisahkan Anis yang mempunyai hobi mengumpul payung sebagai koleksi peribadinya. Payung-payung Anis terdiri daripada pelbagai jenis, corak, dan warna. Anis suka membantu orang dengan menggunakan payungnya. Selain itu dia juga sangat sayangkan payung-payungnya sehinggakan sepupunya dimarahi dengan teruk sewaktu merosakkan payungnya secara tidak sengaja.

Pada hari keusahawanan, Anis bersetuju mendermakan payung-payungnya. Kawan-kawannya begitu terkejut kerana tidak menyangka Anis sanggup mengorbankan payung-payungnya. Mengapa Anis berbuat begitu ya?

Bagi judul kedua, Saya Sayang Awak pula, Anis dikejutkan dengan kehadiran sepupunya, Zuria. Zuria akan tinggal bersamanya sepanjang cuti sekolah. Kehadiran Zuria tidak disenangi oleh Anis kerana kenakalannya. Namun, selepas berlaku satu peristiwa, keadaan bertukar dan Anis sedar bahawa Zuria sebenarnya menyayangi Anis. Kenalah baca dahulu untuk tahu apa peristiwanya.

Geng Sahabat Haiwan pula dianggotai oleh Arif, Yaya, dan Laila yang sering membantu penduduk kampung yang mempunyai masalah dengan haiwan peliharaan. Uniknya haiwan itu bukanlah haiwan peliharaan biasa. Mereka memelihara zirafah, burung hantu, beruang, dan haiwan-haiwan yang kebiasaannya boleh dilihat di zoo. Dalam buku ini juga diselitkan beberapa tips dan info berkaitan haiwan-haiwan itu. Yang menariknya ianya halaman berwarna.

Siapa Beri Saya Sandwich pula menceritakan tentang Auni yang sering bangun lambat. Hampir setiap pagi kakak-kakanya menjerit bagi memanggil Auni. Auni suka berangan menjadi puteri raja dan sangat suka makan sandwic. Auni tidak kisah berkongsi makanan apa pun dengan kawan-kawannya, tetapi dia tidak sanggup mahu berkongsi sandwicnya. Setiap kali membawa sandwic ke sekolah, Auni tidak mahu beri kawan-kawannya makan. Sehingga pada suatu hari, Auni mendapat sandwic misteri dan sejak itu Auni mula menyiasat siapa pemberi sandwic misteri itu. Agak-agaknya siapakah yang memberi sandwich itu kepada Auni?

Saya Tahu Rahsia Awak pula berkisar tentang dua orang budak comel, Dayah dan Dayu yang selalu tidak sependapat. Kedua-duanya suka berlagak berani dan berkhemah di hadapan rumah sambil membaca buku cerita seram tanpa ditemani oleh ibu bapa masing-masing. Sepanjang berkhemah, ada sahaja perkara yang mahu dijadikan topik untuk bertekak. Walaupun dalam hati masing-masing berasa takut, namun mereka berdua terus berlagak berani. Jom kita baca dan bayangkan bagaimana kanak-kanak comel ini bertekak. Kawan-kawan jangan pula jadi penakut macam Dayah dan Dayu pula ya!

Menarik bukan? Apa yang ditunggu lagi, mari kita dapatkan siri Young Readers terbaru di kedai berhampiran sekarang ataupun beli secara online di www.bookcafe.com.my.

Kemudian sertai kami di Zoom@PTS dengan melayari www.suka.pts.com.my. Ini kerana kita berpeluang menangi buku sehingga RM10,000.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024