Artikel

Zuriat Biologi: Reproduksi Rekaan Dari Perspektif Islam

oleh Roziyah pada 23 Mar 2011

Buku terbitan PTS Islamika ini adalah hasil terjemahan beberapa kitab pengajian kuliah di Universiti al-Azhar, Mesir yang diadun dan diolah semula bagi mendapatkan kesepaduan dan mengimbangi kekurangan yang ada dengan menambah petikan akhbar dan majalah, fatwa ulama dan rujukan beberapa kitab sampingan.

Buku hasil tulisan Hasan Basri Omar ini merungkai persoalan perihal penemuan teknologi reproduksi buatan bagi mendapatkan zuriat yang mula disentuh oleh sarjana Islam, Dr. Ahmad al-Hajji al-Kurdi pada awal tahun 70-an.

Menariknya, proses reproduksi buatan yang dinamakan ‘bayi tabung uji’ ini mengajak kita bagi membincangkan dan memikirkan adakah usaha ini bertentangan dengan pernyataan Allah dalam al-Quran.

Adakah usaha para saintis perubatan yang berjaya mengetahui jantina janin yang masih berada di dalam rahim telah memberi cabaran terhadap keesaan ilmu Allah?

Harapan semoga penulisan ini dapat membantu umat Islam seluruhnya dalam memahami permasalahan berkaitan persoalan yang dibentang serta berpegang teguh terhadap syariat Allah sebagai pedoman hidup.

Dapatkan buku menarik ini yang akan diterbitkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang menjengah PWTC April ini.

Layari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut PBAKL serta dapatkan diskaun hebat PTS khas buat tuan dan puan.

Jangan ketinggalan sertai PBAKL pada 22 April hingga 1 Mei ini yang pastinya menambahkan keterujaan penggemar buku di Malaysia.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024