Buku

40 Kisah daripada Hadis

oleh Rohayati Bakri, Ahmad Faiz Mohd Khalil

RM 28.00 / RM 0.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-401-358-5

Muka Surat: 216

Saiz: 17.5x25cm

Tarikh Terbit: 15 Sep 2014


Buku 40 Kisah Nabi daripada Hadis ini adalah buku yang perlu dimiliki oleh kawan-kawan. Buku ini memuatkan kisah-kisah para nabi yang diambil daripada hadis.

Tahukah kawan-kawan bahawa Nabi Daud a.s. seorang yang kuat bekerja? Semasa berkhutbah, Nabi Daud a.s. tanpa rasa malu menyatakan dirinya sebagai seorang tukang besi. 

Nabi Idris a.s. pula adalah seorang tukang jahit. Beliau selalu memberi sedekah lebihan daripada hasil usahanya selepas digunakan bagi memenuhi keperluan hidupnya yang sangat sederhana.

Nabi Zakaria a.s. pula seorang tukang kayu dan Nabi Musa a.s. adalah seorang penggembala, manakala Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang pedagang. 

Bagaimana pula dengan nabi-nabi lain? Apakah kisah lain tentang para nabi yang ada di dalam buku ini? Dengan itu, milikilah buku ini.Jadikan kisah para nabi kita sebagai pedoman hidup kepada kawan-kawan bagi menjadi seorang yang berilmu dan disanjung seperti mereka.

-

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024