Buku
40 Kisah yang Membuatkan Nabi Ketawa Berdasarkan Hadith Sahih
ISBN: 978-967-411-967-6
Muka Surat: 232
Saiz (inci): 6 x 9
Tarikh Terbit: 13 Feb 2017
Imprint: PTS Publishing House
ISBN: 978-967-411-967-6
Muka Surat: 232
Saiz (inci): 6 x 9
Tarikh Terbit: 13 Feb 2017
Imprint: PTS Publishing House
Dalam sejarah perjalanan hidup Nabi s.a.w. dalam menyampaikan dakwah, walaupun terdapat pelbagai kesulitan, Baginda s.a.w. tetap ketawa dan tersenyum dalam banyak keadaan.
Ini menandakan bahawa Baginda s.a.w. mempunyai naluri manusia yang fitrahnya ada sedih, marah, ketawa, menangis, dan sebagainya.
Buku ini mengumpulkan peristiwa dalam hadith-hadith Nabi s.a.w. yang membuatkan Baginda ketawa mahupun tersenyum perihal sesuatu perkara yang dilakukan oleh para sahabat Nabi s.a.w.
Ini menjelaskan bahawa Nabi s.a.w. adalah seorang yang periang dan adakalanya sehingga Baginda ketawa dan tersenyum bukanlah sekadar watak Nabi yang serius, sedih, ataupun marah sahaja.
Di samping itu, dalam buku ini dijelaskan bahawa Baginda ketawa ataupun senyum dalam sesuatu keadaan sama ada membawa maksud Baginda mengiyakan ataupun membenarkan perkara yang berlaku.
Ia menjadi sunnah taqririyyah (diakui oleh Nabi s.a.w. akan sesuatu hukum) ataupun sekadar menjadikan Nabi gembira sahaja tanpa ada apa-apa maksud.
Juga, menjadi suri teladan kepada masyarakat dan pendakwah bahawa Nabi s.a.w. juga mampu ketawa dan tersenyum di samping sahabat dan orang yang didakwah.
Mukadimah Pengenalan KISAH 1 Ucapan Seorang Lelaki Miskin yang Bersama Isterinya di Siang Bulan Ramadan KISAH 2 Seorang Lelaki Mengambil Upah Menjampi Ketua Suku Kaum Arab KISAH 3 Seorang Lelaki Arab Badwi Berlepas Diri daripada Perkerjaan Kaum Ansar dan Quraisy KISAH 4 Sekumpulan Sahabat yang Ingin Berjuang KISAH 5 Ucapan Umar Terhadap Kata-Kata Ummu Salamah KISAH 6 Pendeta Yahudi yang Menceritakan Kebesaran Allah KISAH 7 Nabi Tersenyum Lalu Tertawa Ketika Menemui Umatnya Sewaktu Solat Subuh di Hari Akhir Hayat Baginda s.a.w. KISAH 8 Permohonan Para Sahabat KISAH 9 Nabi s.a.w. Tersenyum Ketika Hendak Mensolatkan Jenazah Abdullah bin Ubai bin Salul KISAH 10 Ucapan Seorang Lelaki Berbangsa Iran KISAH 11 Sumpah Sahabat Bernama Abu Ramsah KISAH 12 Kepulangan Abu Ubaidah Al-Jarrah KISAH 13 Sahabat yang Bernama Suhaib KISAH 14 Kematian Lelaki Musyrik KISAH 15 Kisah Sahlah binti Suhail KISAH 16 Kisah Ummu Sulaim KISAH 17 Rifa’ah bin Al-Qurazi Menceraikan Isterinya KISAH 18 Lelaki yang Bermimpi Kepalanya Dipukul KISAH 19 Lelaki yang Melakukan Maksiat KISAH 20 Ucapan Aisyah KISAH 21 Seorang Lelaki yang Pakar Berkenaan Ilmu Asal Usul Keturunan KISAH 22 Amr Al-Ash Tidak Mandi Junub pada Musim Sejuk KISAH 23 Ucapan Seorang Lelaki Ketika Sedang Makan KISAH 24 Seorang Arab Badwi Berdoa KISAH 25 Sahabat Bernama Nuaiman yang Diperdayakan oleh Suwaibith KISAH 26 Kisah Doa yang Nabi s.a.w. Pohon KISAH 27 Kisah Aisyah dan Saudah r.a. KISAH 28 Pengharaman Arak KISAH 29 Dialog Nabi s.a.w. dengan Seorang Lelaki Berkenaan dengan Pemerintahan KISAH 30 Aisyah dan Permainannya KISAH 31 Syaitan yang Takut kepada Umar r.a. KISAH 32 Pemandu Nabi s.a.w. Bernama Anjasyah KISAH 33 Dua Ekor Kambing yang Saling Bergaduh KISAH 34 Abdullah bin Zubair yang Berbaiah Semasa Kecil KISAH 35 Kisah Percakapan Aisyah KISAH 36 Kisah Raja Qaisar yang Membaca Al-Quran KISAH 37 Kisah Seorang Sahabat Nabi s.a.w. yang Berguling-Guling di Atas Tanah Ketika Bertayamum KISAH 38 Kisah Seorang Sahabat yang Menziharkan Isterinya Lalu Menggauli Isterinya KISAH 39 Kisah Seorang Wanita yang Ingin Melakukan Haji KISAH 40 Peperangan Khandak Penutup Rujukan