Buku

Adi Satria Naga

oleh AD Mirzai

RM 18.90 / RM 20.90Sabah/Sarawak
Beli Online (Versi Cetak)
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-5136-67-2

Muka Surat: 368

Saiz:

Tarikh Terbit: 30 Apr 2011

Dalam satu kejadian gempa bumi, Haikal disangka terkorban di bawah timbunan tanah runtuh. Namun, dia sebenarnya masih hidup dan tercampak ke sebuah dunia yang aneh. Dunia yang ada persamaan dan juga perbezaan dengan dunia asalnya. Dia kini berada dalam dunia selari!

Di dunia ini, kerajaan Melaka tidak pernah dijajah oleh Portugis, Belanda mahupun British. Malah kerajaan Melaka membentuk kerajaan gabungan yang dipanggil Nusantara bersama kerajaan Acheh, Patani, dan Demak.

Di dunia ini, kemuncak Perang Salib adalah gabungan kerajaan Islam dan Kristian menentang kerajaan Yahudi. Saki-baki kerajaan Yahudi akhirnya lari menyeberangi lautan Atlantik dan hilang tanpa sebarang kesan.

Di dunia ini juga, wujudnya naga yang selama ini disangka hanya hikayat purba ciptaan manusia!

.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2021