Buku

Ahli Sihir ke Tali Gantung

oleh Dr. Mahyuddin bin Ismail

RM 25.00 / RM 28.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-0142-47-0

Muka Surat:

Saiz:

Tarikh Terbit: 27 Apr 2011

Kategori:

Kes 1: Kes Juraimi Hussin yang mana Mona Fandey memotong 18 badan Dato’ Mazlan Idris.

Kes 2: Kes Tan Mui Choo yang mana Andrian Lim membunuh dua kanak-kanak.

Kes 3: Kes Francis A/L Anthanonasamy yang mana tertuduh membunuh mangsa bagi memenangi loteri.

Itu hanya tiga kes daripada banyak kes yang dilaporkan dalam buku ini.

Begitu banyak kes, namun belum ada yang terbukti. Mereka ditangkap dan dihukum, namun bukan kerana sihir. Mereka dihukum kerana apa yang yang nampak, bukan kerana niat yang tersembunyi. Ahli-ahli sihir ini dihukum kerana topeng pembunuh yang mereka pakai. Maka terlepaslah ahli-ahli yang lainnya, ketawa kegirangan.

Selama-lamanyakah ahli-ahli sihir ini bermaharajalela? Menunggu pembalasan alam sana sahajakah kita?

Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, semua ahli sihir wajar cemas. Tali gantung menunggu mereka. Ahli Sihir ke Tali Gantung bukan buku biasa. Ini adalah olahan tesis Ph.D dalam bidang undang-undang. Bukan sahaja padat dan lengkap, bahkan kini bahasa dan isinya dipermudahkan.

Ahli Sihir ke Tali Gantung menawarkan kita proses menangkap si penyihir hinggalah saat akhir dia tersungkur di tali pengadilan.

Kandungan
Kata Pengantar Pengurus Besar Yayasan Pahang
Kata Pengantar Yang DipertuaPersatuan Bina Budi Malaysia
Prakata Penulis
Pengenalan
Sekelumit Bicara Perihal Sihir
Sihir Daripada Aspek Bahasa
Sihir Daripada Aspek Istilah
Elemen yang Membentuk Ilmu Sihir
Perbezaan Antara Ilmu Sihir dan Perkara-Perkara Luar Biasa 
Jenayah yang Dilaknat Sejak Berzaman
Tamadun Mesopotamia
Tamadun Mesir
Tamadun Yunani dan Rom
Tamadun Parsi
Tamadun China
Tamadun Islam
Tamadun Barat
Amalan Sihir…Rahsia yang Terbongkar
Hakikat Amalan Sihir: BagaimanaIa Berfungsi
Kesan Ilmu Sihir: Antara Hakikatdan Khayalan
Kesan-Kesan Ilmu Sihir Kepada Mangsa
Perkara yang Menghasilkan SimptomMenyerupai Disihir 
Sihir Daripada Aspek Perubatan Moden
Sihir Sebagai Jenayah
Perbandingan Antara Jenayah Sihir dan Jenayah Biasa
Actus Reus dan Mens Rea dalam Amalan Sihir
Jenayah Sihir dan Kanun Keseksaan: Satu Analisa
Jenayah Sihir yang Mempunyai Kaitan dengan Kesalahan-Kesalahan yang Diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan
Ilmu dan Amalan Sihirdi Malaysia
Sihir dalam Masyarakat Malaysia
Tinjauan Kes-Kes Mahkamah yang MempunyaiKaitan dengan Penggunaan Ilmu Sihir di Malaysia
Kaedah Menangkap Ahli Sihir
Punca Kuasa Bagi Menjalankan Siasatan danProsiding Jenayah Serta JABATAN Yang Terlibat 
Mantera Penunduk Sihir di Mahkamah
Keterangan dan Pembuktian yang Dapat Diterima dalam Mahkamah
Undang-Undang SihirAbad Ke-21
Undang-Undang Berkaitan Jenayah SihirPada Abad Ke-21
Kitab ManteraPengalah Sihir 2010
Deraf Rang Undang-Undang Jenayah SihirMalaysia 2010
Deraf Rang Undang-Undang Jenayah SihirMalaysia 2010
Penutup
Biodata Penulis
Bibliografi 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024